Tuesday 16 May 2017

Guru ku sayang....


SAHABATKU, GURU YANG DISAYANGI.......


Berdirinya kita dalam taman lautan pendidikan ini, BUKAN kerana perancangan dan rencana kita semata-mata. Tetapi satu suratan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Mengapa aku berkata demikian ? Pernahkah kita mempedulikan antara ratusan ribu calon yang memohon untuk meletakkan cop keguruan di dahi mereka, yang terpilih adalah kita bagi memenuhi unjuran yang tidak sampai 2000 penempatan setiap tahun.
Tidakkah kita ini termasuk dalam kalangan yang TERPILIH dan BERTUAH ? Bukankah ini satu keuntungan dan rezeki yang tidak terduga ? Marilah bersyukur atas kurnia dan anugerah kerjaya yang tidak memberi kekayaan buat kita tetapi meletakkan ketinggian mulianya kita di mata anak-anak didik  sebagai INSAN YANG PUNYA JASA TIDAK TERHINGGA walau tidak terlihat tanda jasanya.
Cuba kita renungi dibenahan diri, bagaimana laluan yang kita selusuri tika pertama kali menjejak kaki di bumi wadah keilmuan di merata-rata pelusuk di bumi pertiwi tercinta ini. KITA SANGGUP BERBAKTI DI MANA-MANA SAHAJA KITA DITEMPATKAN. ITU AKUAN KITA SENDIRI. DITANDA TANGANI DENGAN RELA HATI, TANPA PAKSAAN. Oleh itu, jangan ada dalam kalangan kita yang merungut, mendesah dan memungkiri janji serta ikrar tersebut. Lalu membuat onar dan olah yang membusuk dan mencemarkan sahabat guru yang meyakini diri dalam tugas yang mulia ini
Image result for teachers day 2016
Terima Kasih Cik Gu Ku Sayang...

No comments:

Post a Comment